Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang berlaku di kawasan perairan...

SPRM Tidak Beku Akaun...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa akaun peribadi milik...

Dasar Pandang Ke Timur...

KUALA LUMPUR - Pada tahun 1985 Malaysia banyak bergantung kepada pelaburan luar dan...

Polis Thai Pintas Trak...

BANGKOK - Polis Thailand menumpaskan cubaan sindiket untuk menyeludup dadah ke Malaysia apabila...

Selepas Ainaa, Paksu Hadiahkan Adik Muqri Tangan Bionik

RAMAI pembaca telah mengetahui kisah tangan mekanikal atau bionik adik Ainaa Amanda, 7 tahun yang dihadiahkan oleh lelaki bernama Sujana Mohd Rejab.

Sujana atau lebih mesra dengan panggilan Paksu, kini sekali lagi menghadiahkan tangan bionik kepada kanak-kanak yang mempunyai nasib sama seperti Ainaa.

Muqriz Mifzal, 8 tahun sebelum ini juga pernah diejek ‘tangan baby’ disebabkan tangan kirinya yang cacat.

Namun menerusi Facebook, ibu Muqri berkongsikan video terbarunya yang sudah mampu menunggang basikal menggunakan tangan bionik pemberian Paksu.

Walaupun ditakdirkan lahir dengan sedikit perbezaan, Julaina memberitahu ini tidak menghalang anaknya itu hidup seperti kanak-kanak lain.

Malahan, Muqri seorang yang sangat aktif bersukan.


Dia merupakan ahli kelab bola Kickers Football Academy dan aktif mewakili kelab bawah 8 tahun menyertai perlawanan bola.

adik-muqri-2 wm

Selain itu, Julaina dan suami mendaftarkan Muqri menyertai kelas Tae Kwan Do dan kini dia merupakan pemegang tali pinggang kuning.

Jadi, pemberian tangan ini amat memberi impak pada hidup anak mereka yang sukakan aktiviti fizikal.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada adik Muqri dan buat insan bernama Sujana Mohd Rejab, kami salute anda! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori