Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Azwan Ali Tolak Hadiri...

PATUTLAH rasa dah lama tak nampak kelibat tubuh selebriti popular Azwan Ali atau...

Pesawat Aerobatik Black Eagles...

SINGAPURA - Sebuah pesawat Black Eagles dari Pasukan Tentera Udara Korea Selatan terbabas...

Tiada Arahan Kemas Kini...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin...

Selepas Berlakon, KJ Jadi Pengarah Filem Pendek Pulak

SELEPAS pernah tampil berlakon dalam beberapa filem pendek, kini sudah tiba masanya buat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin untuk melengkapkan profilnya bergelar seorang pengarah filem pula.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ ini bakal mengarahkan sebuah filem pendek yang bertemakan kewanitaan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac ini.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Low Ngai Yuen selaku orang kuat projek Ikal mayang yang sangat mengagumi jalan cerita yang ditampilkan oleh KJ untuk naskhah itu nanti.

low
Low Ngai Yuen

“Saya sendiri teruja melihat hasil kerja beliau dan jalan cerita yang ditampilkan. Anda perlu tonton sendiri untuk mengetahuinya.

“Projek ini akan bermula Jumaat ini dan anda bakal saksikan karya yang hebat daripada semua pengarah yang terlibat,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Selain KJ, antara selebriti yang terlibat sebagai pengarah ialah Lisa Surihani, Adibah Noor dan Afdlin Shauki.


Ikal Mayang tahun lalu memaparkan 15 cerita pendek berdasarkan tema kewanitaan yang diarahkan oleh 15 pengarah wanita.

Antara yang terlibat pada tahun lalu ialah Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Sofia Jane, Ida Nerina dan Vanida Imran.

Sejauh mana kehebatan KJ dalam penceritaan dan pengarahan filem? Sama-sama kita nantikan! – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=4vYa7tMCXX4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori