Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Akaun Bank PM Di...

KUALA LUMPUR - Akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul...

PH Tak Nak Tuduh...

Bawah kerajaan BN dahulu, hutang kerajaan sebanyak RM686.8b dengan nisbah hutang kepada KDNK...

200 Mayat Ditemui Di...

PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih...

AS Tarik Larangan Terhadap...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan terhadap pelarian dari 11 negara...

Pengantin Akad Nikah Di Hospital Jempol

BANDAR SERI JEMPOL – Sepasang pengantin terpaksa dinikahkan di Hospital Jempol di sini, hari ini, apabila jurunikah dimasukkan ke hospital itu.

Rosli Abu Bakar, 51, dan pasangannya, Maznah Ismail, 36, yang sepatutnya bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Jempol di sini, terkejut apabila diminta pergi ke hospital kerana jurunikah yang juga Pegawai Agama Islam daerah, Muzahar Mohd Deli, dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman sejak Isnin lalu.

Muzahar berkata, walaupun tidak sihat, dia perlu menjalankan tugas kerana tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menikahkan pengantin baru di wad hospital sejak menjadi jurunikah kira-kira 21 tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahan kira-kira jam 10.45 pagi tadi.


Rosli yang berniaga di pasar malam pula bersyukur kerana walaupun bernikah di hospital, majlis itu berlangsung dengan lancar.

BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori