KALAU tak ‘gila-gila’, bukan Sharifah Sakinahlah namanya, betul tak?
Dek kerana itu, kami pun tak hairan apabila pelakon itu bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan tanpa protokol seperti yang biasa dilihat sebelum ini.
Memetik laporan portal Berita Harian, dia mahukan konsep yang lebih selamba dan ringkas untuk majlis nikah yang akan diadakan pada 28 Mac dan juga resepsi pada 4 April nanti.
(Disyorkan baca: GAMBAR: Syoknya.. Sharifah Sakinah Buat Bridal Shower Di Bali)
Menurutnya lagi, tiada artis ternama yang akan membuat persembahan, sebaliknya rakan-rakan yang hadir akan menyumbangkan suara untuk menghiburkan para tetamu yang lain.
“Saya nak konsep kahwin nanti untuk bergembira dan tiada tekanan. Saya selalu tengok bagaimana pengantin kena makan di meja VIP dan terpaksa control itu serta ini.
“Hakikatnya pengantin perlu menikmati hari bahagiannya tanpa terikat dengan apa-apa. Saya tidak mahu majlis saya jadi tipikal seperti yang selalu saya hadiri,†katanya.
Hmm, menarik juga idea Sakinah ni!
Tak sabar pula rasanya nak tengok konsep perkahwinan selamba yang diinginkan oleh pelakon ini.
Tapi ingat, kalau nak bergembira sekalipun, jangan sampai melanggar adat budaya dan agama ya… – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza