KAMI percaya ramai peminat Sharnaaz Ahmad perasan akan perubahan positif pada diri pelakon itu sejak akhir-akhir ini.
Apa tidaknya, setiap kali diasak mengenai hubungan percintaannya dengan Anis Al-Idrus yang dikatakan sudah terlerai, dia memilih untuk menjawab dengan tenang dan tidak berterus-terang mengenai perkara itu.
Rupa-rupanya, Sharnaaz sudah berazam untuk cuba mengawal emosinya terutamanya mengenai kisah cinta, memetik Murai.com.
Menurutnya, lebih lebih senang membiarkan pihak di luar sana membuat penilaian sendiri dan berpegang pada prinsip ‘kalau dah jodoh tak ke mana’.
“Saya akan cuba rasional berkaitan dengan diri saya dan kisah cinta, saya tak melenting pun mengenai cerita putus dengan kekasih itu diuar-uarkan, sebabnya saya tak umum secara sahih adakah saya ini dilamun cinta atau pun tak,” katanya.
Gosip putus cinta itu muncul selepas Anis memadamkan gambar mereka berdua di Instagram miliknya dan Sharnaaz pula memuatnaik gambar dengan caption berbaur kecewa.
Apapun, kami salute dengan Sharnaaz yang kini dilihat lebih matang dalam menghadapi kontroversi berbanding sebelum ini.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=wfnMcRwLL5U
Oleh: Elza