‘OHHH My Bahasa Melayu….’
Hampir keliru dan bingung jadinya membaca mesej peringatan di sebuah stesen minyak ini.
Papan peringatan ini hanya difahami selepas dibaca berkali-kali.
Mesej berbunyi “Minyak belum habis anda isi ke tangki tapi anda telah ke 7Eleven.. Awas Pam Nozzle Putus” ini mungkin mahu mengingatkan pelanggan stesen minyak supaya menyudahkan pengisian minyak terlebih dahulu sebelum memecut meninggalkan stesen minyak tapi mengapa menggunakan bahasa yang sukar sangat sampai 7 Eleven boleh masuk sekali dalam ini cerita? Haha.
Haaaa… yang parahnya pelanggan, bila terpaksa baca dua tiga kali untuk memahami maksud kata tersebut.
Pun begitu, ramai yang menjadikan mesej ini bahan ketawa dan mengaitkannya dengan pekerja Bangladesh yang selalu diambil bekerja di stesen minyak dan bercakap ‘broken Malay’.
Apa pun.. tak kiralah stesen minyak atau mana-mana pihak sekalipun yang menggunakan bahasa ibunda bagi mengeluarkan kenyataan kepada umum selepas ini, rujuklah pada yang arif sama ada bahasa digunakan betul atau tidak ok? -MYNEWSHUB.CC
Video Cara Selamat Isi MinyakÂÂ