Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengangguran 4.5% Pada 2020,...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus pada 2020, kadar...

1MDB: Bekas Pegawai Bank...

NEW YORK - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) di New York pada Khamis menjatuhkan...

Kecewa Pembedahan Ditunda, Potong...

SEORANG pengidap diabetes, Paul Dibbins, 57, telah memotong jari kakinya sendiri dengan menggunakan plier...

Jualan Tiket ETS Sempena...

KUALA LUMPUR - Jualan tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) semua laluan bagi perjalanan...

Siapa Nak Baiki Rumah Kami – Mangsa Letupan Bom

GURUN – Penduduk Taman Ria Mesra II di sini yang rumah mereka rosak teruk akibat letupan bom, menyoal pihak mana yang perlu bertanggungjawab membaiki rumah mereka.

Wakil penduduk, Khairul Anuar Ahmad berkata akibat letupan itu, 16 buah rumah mereka rosak teruk dan tidak lagi boleh diduduki manakala 45 lagi mengalami kerosakan kecil.

“Sejak kejadian itu, banyak pihak tampil menabur janji untuk membaik pulih rumah kami, namun perkara itu tidak mempunyai sebarang hitam putih menyebabkan kami sering tertanya-tanya,” katanya.

Beliau berharap satu pertemuan dapat diadakan dengan pihak bertanggungjawab.

Dalam kejadian pada 24 Dis itu, empat orang turut terbunuh termasuk seorang anggota tentera yang bertugas di kem berhampiran.

Khairul Anuar berkata kebanyakan penghuni yang terjejas terpaksa menyewa rumah lain.


Seorang penduduk Faizal Mohd Zain berkata beliau kini terpaksa menyewa rumah lain selain terpaksa meneruskan bayaran pinjaman rumah yang dibelinya sejak tujuh tahun lalu, yang musnah dalam kejadian tersebut.

Pesara tentera, Che Abd Kadir Waai berkata hasratnya untuk memiliki rumah sendiri musnah akibat kejadian itu.

“Saya sangkakan selepas bersara dapat tinggal di rumah sendiri, tetapi kini terpaksa menyewa pula,” katanya yang keretanya turut musnah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori