Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didenda Pos Kucing...

TAIPEI - Seorang pemilik kucing didenda £2,250 (RM11,900) kerana menghantar haiwan peliharaannya melalui...

Suami Isteri Ditetak Penagih...

PENDANG - Sepasang suami isteri cedera parah akibat ditetak penagih tegar di Felda...

Stadium Shah Alam Venue...

RASMI... Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue final Piala FA 2017 yang berlangsung...

208 Kematian Covid-19 Dilaporkan,...

PUTRAJAYA - Sejumlah 208 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 120 kes...

Siasat Punca Sebenar Berlaku Longgokan Beras Di Perlis

KANGAR – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman mahu satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar berlaku longgokan beras di sebuah kilang swasta di Behor Mali dekat sini sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Beliau yang melawat Kilang Beras Dibok Sdn Bhd (Dibok) itu hari ini berkata pasukan itu perlu turut diwakili pihak audit.

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) perlu dipanggil di samping Unit Kawal Selia Padi dan Beras kementerian memberi penjelasan, katanya kepada pemberita.

Pihak kementerian tidak dimaklumkan tentang lambakan itu, sebaliknya apa yang dilaporkan segala urusan berjalan baik, tambahnya.

“Setelah dilaporkan pihak media, saya datang sendiri melihatnya. Barulah diketahui keadaan sebenar bagaimana masih terdapat sebanyak 629 metrik tan beras tersimpan dalam kilang ini menyebabkan pihak kilang tidak ada ruang untuk menyimpan padi sekiranya mereka membeli padi daripada para petani untuk diproses dalam musim menuai sekarang,” katanya.

Kilang Beras Dibok adalah antara lima kilang beras swasta di Perlis yang dilantik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membeli dan memproses padi yang dijual para petani.


Setelah padi diproses dan beras dihasilkan, beras akan dikeluarkan oleh Bernas untuk dijual di pasaran.

Beliau berkata sepatutnya setelah invois dikeluarkan Bernas kepada kilang terbabit, beras perlu dikeluarkan daripada kilang dalam tempoh tidak melebihi dua minggu, bukan hingga tiga tahun sebagaimana yang berlaku.

Mohd Arif berkata Dibok memberi jaminan akan memproses dan menggred semula beras menggunakan mesin baharu yang siap dipasang dan semua beras akan dikeluarkan Bernas dalam tempoh tiga bulan.

Pengarah Urusan Dibok, Marzukhi Othman berkata apabila beras dikeluarkan Bernas dari kilang itu, pihaknya boleh mula membeli padi petani bagi musim penuaian akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori