Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pengantin Saudi Ini Berkasut...

RIYADH - Jika sebahagian besar masyarakat Arab Saudi ingin terus mengekalkan warisan tempatan...

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh...

NILAI - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori yang membawa muatan dedak...

Ahmad Maslan Dituduh Gagal...

KUALA LUMPUR - Bekas timbalan menteri, Ahmad Maslan hari ini mengaku tidak bersalah...

Wartawan Ditahan Gara-Gara Berak...

ARIZONA - Gara-gara tidak dapat menahan keinginannya untuk membuang 'hajat', seorang wartawan di...

Sirul Bakal Muncul Dalam Sidang Media Video Isnin Depan

Bekas korperal yang juga salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu iaitu Sirul Azhar Umar bakal membuat kemunculan dalam satu telesidang dengan pihak media pada Isnin depan,

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, perkhabaran tersebut dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkata, Sirul akan berkomunikasi secara langsung dari Australia bersama media tempatan dalam tempoh 15 minit.

[TERDAHULU: Enggan Pulang Jalani Hukuman Gantung, Sirul Lantik Peguam]

Namun, maklumat terperinci berkenaan sidang tersebut masih belum diumumkannya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, selain daripada sidang tersebut, Sirul juga sedang membuat perkiraan untuk menjemput media Malaysia dan antarabangsa ke pusat tahanannya di Australia.

Datuk-Mahfuz-Omar

“Beliau akan memberikan komitmen. Hanya menunggu waktu yang sesuai. Beliau akan memaklumkan pada saya untuk diumumkan kepada media.

“Ia bertujuan supaya adil untuk semua media, dan agar beliau dapat berdepan secara terus dengan mereka.”


Dalam perkembangan lain, Mahfuz turut memaklumkan, ibu kepada Sirul akan diterbangkan untuk melawat anaknya dalam jangka masa terdekat.

“Tiket sudah siap tetapi saya tidak boleh umumkan bila tarikhnya. Buat masa sekarang kami sedang menunggu visa.” – MYNEWSHUB.CC

Laporan Tentang Telesidang Bersama Sirul Isnin Depan Oleh Mahfuz Omar

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori