Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Fail Permohonan Kebenaran Semakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan...

Pendikir Tersohor Megat Nordin...

KOTA BHARU - Pendikir tersohor Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din...

“Itu Harta Saya Dan...

KUALA LUMPUR - "Ya, saya suka menunjukkannya. Itu harta saya, dan bukannya saya...

Kit Siang Perakui Husam...

KUALA LUMPUR - "Saya berharap Datuk Husam Musa (Naib Presiden Parti Amanah Negara)...

Sirul Gagal Dihubungi, Telesidang Anjuran PAS Tak Berjaya

TEKA TEKI berhubung kenyataan terbuka bakal didedahkan Sirul Azhar Umar kepada media tempatan masih belum terjawab apabila individu yang dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah negara ini kerana didapati bersalah membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shariibu itu gagal untuk dihubungi.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut hari ini, khas bagi tujuan tersebut, usaha menghubungi Sirul oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk mendapatkan kenyataannya secara langsung dari Australia tidak berjaya walaupun selepas dibuat lebih 15 kali.

Screen Shot 2015-02-23 at 4.43.19 PM

Ekoran itu Mahfuz yang bertanggung jawab menguar-uarkan tentang telesidang berkenaan sejak beberapa hari lalu, hanya mampu memohon maaf kepada pemberita yang hadir.

Selain dilihat memperbodohkan diri sendiri, Mahfuz menambah lagi darjah kelucuan hari ini apabila mengeluarkan kenyataan Sirul menghubungi beliau selepas semua wartawan telah pulang.

Sirul didakwa menghubungi Mahfuz pukul 1.28 tengah hari tadi dan memberitahu dia belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

Sebahagian petugas media yang hadir ke Ibu Pejabat PAS hari ini bagi tujuan telesidang secara langsung bersama Sirul Azhar dari Australia.
Sebahagian petugas media yang hadir ke Ibu Pejabat PAS hari ini bagi tujuan liputan telesidang bersama Sirul Azhar secara langsung dari Australia yang akhirnya gagal.

Sirul yang ditahan pihak Imigresen Australia selepas namanya dikeluarkan dalam senarai Interpol, sepatutnya mengadakan telesidang secara langsung jam 11.30 pagi tadi mengikut perancangan awal diatur Mahfuz.

Walaupun berada dalam tahanan, Sirul dikatakan masih memiliki hak untuk mengakses internet dan membuat panggilan telefon.


Dalam pada itu Mahfuz berkata, beliau akan berangkat ke Australia pada Jumaat depan untuk menemui bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) tersebut.

Rombongan itu jelas Mahfuz, akan turut disertai ibu, ahli keluarga Sirul serta peguam beliau. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: MOHAMAD IZZAT
Foto / Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=PYdOwbov4V4

B-gRYZACYAAudR7

mahfuz tipu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori