Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2020 Yang Sangat...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang...

Kerjasama Malaysia-China Dalam Pendidikan...

BEIJING - Malaysia akan bekerjasama dengan China bagi mengukuhkan mata pelajaran Sains, Teknoloji,...

1MDB Bakal Ditutup Selepas...

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan ditutup...

Polis Tahan Suspek Kes...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes samun kedai 24...

Siti Nurhaliza Terkejut, Diri Dinobat Wanita Ke-3 Terkaya

TEMPOH hari, kami ada menyiarkan artikel perihal lima wanita terkaya di Malaysia yang turut menyenaraikan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin.

BACA: Ini Dia Lima Wanita Terkaya Di Malaysia…!

Pendedahan laporan dari portal savemoney.my itu nyata mengejutkan Siti Nurhaliza apabila mengetahui namanya tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Bagaimanapun, menerusi sebuah akhbar tempatan, Siti menjelaskan penilaian jumlah kekayan sebanyak RM50 juta yang dilaporkan tidak begitu tepat.

Pada masa sama, diva popular itu akui secara peribadi dia kurang senang dengan berita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu.

“Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya masih bekerja keras dalam bidang seni serta perniagaan dan tidak begitu tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan,” katanya.


Siti yang juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan jenama SimplySiti memberitahu, selain masih bekerja keras dalam bidang seni dia turut memberi tumpuan serius terhadap cabang perniagaan lain.

Bagaimanapun  isteri Datuk Khalid Jiwa ini meluahkan kesyukuran terhadap rezeki yang dikurniakan selama ini.

Lima wanita yang tersenarai dalam portal itu ialah pewaris pengasas Genting Highlands, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Michelle Yeoh, Dato’ Siti Nurhaliza, Pauline Chai dan Datuk Nicol Ann David. – MYNEWSHUB.CC

Video Rumah Terbuka Siti Nurhaliza

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori