Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Datuk Siti Nurhaliza Berharap...

HAMPIR 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza...

Sentuh Sensitiviti Islam, Punca...

SETELAH diasak dengan tuduhan kononnya dia menipu tentang tawaran lakonan bersama dalam filem...

Lebih 480 Terbunuh Serangan...

GAZA: Sekurang-kurangnya 481 orang terbunuh dalam serangan udara Israel sepanjang tempoh 24 jam...

Agihan Projek Pan Borneo...

PERTAMA sekali, Projek Pan Borneo dilaksanakan secara PFI (private finance initiative).Ia merupakan syarikat...

SKMM Akan Berunding Dengan Telco Bagi Turunkan Caj

KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun pada masa sekarang berikutan penurunan harga minyak dunia.

“Kita mahu melihat Malaysia menjadi sebagai sebuah negara penanda aras bagi negara Asean dari segi struktur harga dan perkhidmatan berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima Dewan Undangan Negeri Cukai di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini Sabtu.

Menurutnya jalur lebar merupakan pemangkin bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang kompetitif berbanding negara lain di dalam semua bidang.


“Oleh sebab itu kita meminta supaya satu langkah yang lebih berkesan diambil untuk memastikan perkhidmatan ini dapat dirasai oleh semua rakyat dan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar untuk melabur di negara ini,” katanya.

Ahmad Shabery juga berkata Telco di negara ini juga perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik dari segi penembusan jalur lebar yang mana pada masa sekarang pengguna mendakwa tidak mendapat perkhidmatan yang terbaik dari segi kualiti berbanding bayaran yang dikenakan terhadap mereka.

Justeru, katanya beliau akan meminta SKMM supaya membuat senarai perbandingan Telco di negara ini dari segi perkhidmatan yang diberikan oleh setiap pembekal perkhidmatan supaya pengguna dapat menilai dan memilih perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori