Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Sedia Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - DAP bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi...

3,516 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,516 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif...

Video: Saat Jentera F1...

SEHINGGA kini, pelumba Marussia, Jules Bianchi masih belum sedarkan diri selepas menjalani beberapa...

Ibu Pejabat UMNO Terima...

KUALA LUMPUR - Ibu pejabat UMNO hari ini menerima sumbangan sebuah bas daripada...

Skrin Galaxy S6 Bakal Melengkung Kiri Dan Kanan?

Desas-desus mengenai Galaxy S Edge bukan sesuatu yang baru.

Seperti  sedia maklum, Samsung sedia melancarkan Galaxy Note Edge yang hadir dengan skrin melengkung pada bahagian kanan peranti.

Melaluinya, pengguna boleh melihat beberapa informasi tanpa perlu mengakses skrin utama peranti.

Terbaru, laman Bloomberg telah berkongsi informasi  mengatakan selain versi biasa yang hadir dengan rekaan bingkai berasaskan logam, Samsung juga akan turut menawarkan salah satu variasi peranti Galaxy S6 yang hadir dengan skrin pada bahagian kiri dan kanan.

Ini bermakna, peranti premium yang seterusnya mungkin hadir dengan skrin panel melengkung pada bahagian kiri dan kanan,

Namun ia tidak diketahui bagaimanakah peranti tersebut akan berfungsi, sama ada kedua-dua belah atau sekadar kesenian peranti.

Timbul pula perseoalan, adakah ia akan selesa untuk dipegang pada tangan tanpa memberikan impak terhadap input skrin? Hmmm.

samsung-whatsnext


Bagi versi biasa pula, Galaxy S6 dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5.1-inci dan dilengkapi rekaan bingkai berasaskan logam seperti pada Note 4 dan Galaxy Alpha sebelum ini.

Penerimaan Note Edge sendiri masih rendah buat masa ini, dimana salah satu sebab untuknya adalah kerana harganya yang agak tinggi berbanding pelbagai peranti lain.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Samsung telah mempunyai kapasiti pengeluaran yang tinggi untuk skrin tersebut dan mengurangkan harga peranti dengan sokongan skrin pada sisi.

Samsung menjadualkan acara pengumuman peranti baru mereka pada 1 Mac 2015 ini, dan seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan.-MYNEWHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: Bloomberg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori