Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Dijangka...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menjangkakan gangguan...

Mangsa Terjejas Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 13,101 mangsa pada...

Ribuan Rakyat AS Protes...

BERIBU-RIBU penduduk mengadakan tunjuk perasaan jalanan di beberapa bandar raya Amerika Syarikat (AS)...

SPRM Kesan Tiga Saksi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu...

Solat Hajat Pun Tak Akan Ubah Nasib Anwar – Nur Jazlan

TINDAKAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin mengadakan solat hajat selepas penghakiman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan, mendapat perhatian Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam satu kenyataan kepada Astro Awani Nur Jazlan berkata, perancangan tersebut merupakan satu tindakan ‘menolak takdir’.

“Kalau buat solat hajat pun, ia tidak mengubah nasib Anwar Ibrahim.

“Kalau dah berlaku bermakna ia sudah ditakdirkan, jika mereka lakukannya untuk meminta dia dibebaskan bermakna mereka menolak takdir,” ujar beliau.

BERKAITAN: Hukuman Penjara Kekal 5 Tahun, Anwar Cerca Hakim

Mengulas tindakan pihak pembangkang yang mahu menfailkan usul kes tersebut di Parlimen pula beliau berkata, ia merupakan gambaran bahawa mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara.

anwar2

Nur Jazlan turut mempertikaikan ketaksuban penyokong tegar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedangkan perjuangan bukanlah terletak pada seorang individu sahaja.

Lantas beliau menyimpulkan, sikap tersebut mencerminkan parti itu ketandusan politik kerana pada mereka, tiada lain melainkan Anwar.

Selain itu Nur Jazlan menyifatkan sokongan terhadap Anwar semakin berkurangan jika dibandingkan dengan situasi sama pada 1998 dahulu.


“Anwar sekarang sudah tidak ada hubungan emosi dengan rakyat… Orang-orang muda sudah tidak kenal Anwar. Mereka sengaja hendak menaikkan emosi rakyat… Rakyat sudah tidak minat.”

IMG_0027

Tuturnya juga, hubungan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat bakal berhadapan situasi sukar kerana ia tertubuh berdasarkan kepentingan tertentu.

Dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu semalam, PKR telah menggariskan tiga langkah yang bakal diambil susulan kegagalan Anwar mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terhadap kes Liwat II yang dihadapinya.

Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah berkata, langkah pertama yang akan diambil adalah menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik panel hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan kes tersebut.

Selain itu, PKR juga mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula Rabu malam dan menganjurkan solat hajat pada malam Jumaat di setiap cabang Keadilan. – MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Wan Azizah Selepas Keputusan Anwar Dipenjara 5 Tahun Diumumkan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori