Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Patut Gantung Visa Kepada...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan...

Jenazah Pemain T-Team Masih...

KOTA BAHARU - Jenazah David Faramola Oniya, pemain T-Team yang meninggal dunia akibat...

Raja Permaisuri Agong Kirim...

SHAH ALAM - Arkitek yang juga penulis, Teme Abdullah melalui akaun Twitternya, @itsteme...

Adakah DAP Sokong Bugis...

KUALA LUMPUR - Mengapa DAP tidak membantah kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr....

Solidariti Untuk Anwar Melalui Media Sosial – AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berterima kasih kepada golongan muda yang mengambil inisiatif melalui media sosial untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut berterima kasih kepada golongan muda yang menganjurkan perhimpunan aman dan perarakan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas pemimpin pembangkang tersebut.

“Semalam, anak-anak muda daripada pelbagai parti politik di samping golongan pekerja, profesional, mahasiswa dan aktivis bertemu dan menghasilkan Resolusi Anak Muda dan penubuhan gabungan #KitaLawan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi dalam pada itu membantah tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengecam pengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dan mencabar beliau berdebat secara terbuka.

Beliau turut menyeru orang ramai menunjukkan sokongan kepada Anwar di dalam kes mahkamah terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada pukul 8.30 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori