Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mana ‘Pasu-Pasu Bunga’ Dalam...

APA yang kita nak terkejut apabila beberapa YB DAP berbangsa Cina berjuang mahu...

Agong Sempurna Pemasyhuran Bandaraya...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan...

Ratna Malukan Calon Presiden

JAKARTA - Terpedaya dengan dakwaan anggota pasukan kempennya, Ratna Sarumpaet, bahawa dia cedera...

“Saya Tidak Peduli” –...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda sedia...

SPDP Mahu Calon Daripada Parti Komponen BN Sahaja

SIBU – Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu calon boleh menang bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang, hanya dipilih daripada kalangan parti komponen BN.

Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan perkara itu termaktub di bawah persefahaman parti-parti komponen BN Sarawak.

“Calon mestilah hanya daripada kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional, bukan daripada kalangan parti luar daripada Barisan (BN),” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2015 anjuran SPDP Wilayah Tengah di Dewan Suarah di sini hari ini. Dianggarkan 5,000 orang menghadiri rumah terbuka itu dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini menyatakan BN Sarawak kemungkinan turut mencalonkan calon boleh menang daripada kalangan parti mesra BN iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Sarawak (TERAS) pada pilihan raya negeri akan datang.


Sementara itu, Tiong melahirkan rasa gembira dengan sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang hadir pada majlis rumah terbuka itu.

“Ini kali pertama kami adakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Sibu. Pada tahun depan kami akan adakan di tempat yang lebih sesuai supaya memudahkan lebih ramai lagi rakyat datang “, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori