Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

City Lebih Gol Berbanding...

LONDON - Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini meneruskan perang mulutnya dengan Jose Mourinho...

Kabinet Setuju Cadangan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beritahu bahawa Mesyuarat Jemaah...

TH Plantations Jual 2...

KUALA LUMPUR - TH Plantations Bhd. (THP) telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam...

Sila ‘Left Whatsapp Group’...

ANTARA aplikasi yang pasti ada dalam telefon pintar kebanyakan kita pada hari ini...

SPR Adakan Mesyuarat Khas Rabu Ini Bincang PRK DUN Chempaka

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Rabu ini, berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lepas.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SPR menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, semalam.

Mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, di sini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mesyuarat itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh kekosongan DUN N.06 Chempaka, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.

“Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori