Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APMM Kelantan Lupus Vesel...

KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan melaksanakan Program Pelupusan...

Pelajar Malaysia Cedera Di...

SINGAPURA - Pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dari Malaysia yang...

‘Cuba Ingat Anak Cucu’...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Suruhanjaya...

‘Jeles’ Gaji Nepal RM5...

BARU-baru ini 'riuh' jadinya laman sosial apabila gambar slip gaji bulanan seorang pekerja...

SPRM Letak Pegawai Di Cameron Highlands

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menempatkan pegawainya di Cameron Highlands, Pahang bagi membantu kerajaan menangani masalah penerokaan hutan secara haram yang berleluasa di pusat peraginan tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali bagaimanapun berharap orang ramai di kawasan itu dapat memberi kerjasama kepada SPRM dengan melaporkan jika wujud unsur rasuah dalam isu berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, SPRM dan Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) akan mengadakan program memupuk integriti dan mencegah rasuah bagi menyelamatkan Cameron Highlands di Pahang yang diancam kemusnahan alam sekitar.

“Sudah tiba masa nilai-nilai integriti dan membenci perbuatan rasuah serta melaporkan tentang perkara itu kepada pihak berkuasa dipupuk supaya pencegahannya dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“SPRM yakin usaha bersepadu ini, dengan usaha yang sedang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pahang, kita boleh menyelamatkan Cameron Highlands,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mustafar menjelaskan, taklimat mengenai integriti dan membenci rasuah akan menjadi pendekatan bersepadu dan berterusan agensi itu di di Cameron Highlands.

“Semua pihak sama ada pekebun, usahawan atau rakyat biasa di Cameron Highlands harus tahu tentang hak dan tanggungjawab mereka dan bagaimana mereka perlu bertindak.

“Jika setiap daripada mereka tahu tentang hak dan tanggungjawab, saya yakin kita boleh sama-sama melindungi pusat peranginan ini di samping memulihara persekitaran indahnya,” katanya lagi. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=q5p-TMgU5-M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori