Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Petani Perlu Guna Teknologi...

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Perak meminta petani di negeri ini supaya menggunakan...

Jordan Hukum Mati Dua...

AMMAN - Jordan menjalankan hukuman mati terhadap dua tahanan warga Iraq hari ini...

RM1.1 Bilion Untuk Kementerian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Saya Sudah Beri Amaran...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa telah...

Surau Al-Islah Di Kajang Bakal Diroboh Dalam Masa 30 Hari?

Semalam, satu gambar notis arahan untuk mengosongkan Surau Al Islah di Taman Langat Jaya, Kajang mula tersebar di laman sosial.

Notis daripada Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat yang ditujukan kepada pentadbir surau menyebut, surau itu telah dibina di atas tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Justeru, pihak pentadbir diberi tempoh selama 30 hari untuk melaksanakan arahan tersebut sebelum tarikh 6 Mac 2015.

Sekiranya ingkar, operasi roboh akan dijalankan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis lain dan tiada pampasan yang akan dibayar kepada pihak surau tersebut.

Hasil carian maklumat di internet, surau tersebut dikatakan sudah didirikan sejak 10 tahun lalu dan menjadi pusat kegiatan dan keagamaan penduduk di taman tersebut.

Pada masa yang sama, ada pihak mendakwa terdapat sebuah kuil yang turut didirikan tidak jauh dari surau tersebut yang juga diragui status pemilikan tanahnya.

Kalaulah kuil tersebut didirikan di atas tanah kerajaan negeri, mungkinkah pihak pentadbirnya turut menerima notis yang sama?


Rasanya, tidak adil sekiranya hanya Surau Al-Islah sahaja yang menerima arahan tersebut seolah-olah berlakunya isu ‘pilih kasih’ oleh pihak pejabat daerah.

Namun, ada juga yang mengaitkan isu roboh surau itu dengan permainan politik oleh pemimpin tertentu yang dikatakan cuba menjadi ‘wira’ di mata rakyat.

Senang cerita, inilah masanya untuk membuktikan kehebatan pihak tersebut untuk ‘menyelamatkan’ surau berkenaan di mata pengundi. Wallahu a’lam…

Apapun, sebaiknya kita tunggu sahaja kenyataan daripada pihak pentadbir surau dan juga kerajaan negeri mengenai isu tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Video Operasi Roboh Gerai Di Pulau Pinang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori