Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Elemen TVET Diperkenal Kepada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal...

Mahu Belanjawan 2021 Benar-Benar...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen blok kerajaan berharap segala bentuk kemudahan yang diperuntukkan...

Bas Persiaran Rempuh Tiga...

Johor Bahru : Dua pemandu cedera apabila kenderaan mereka dirempuh bas persiaran dalam...

PBB Gesa Pilihan Raya...

BEIRUT- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria menggesa negara itu mengadakan pilihan...

Swatch Bakal Keluarkan Jam Tangan Pintar

SWATCH,  salah satu jenama jam tangan yang cukup popular menyertai persaingan dalam arena jam tangan pintar apabila mengumumkan akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka dalam tempoh lebih kurang tiga bulan lagi.

Menurut laporan Bloomberg, jam tangan pintar daripada Swatch ini akan turut berfungsi dengan peranti Android dan Windows tanpa sebarang masalah, di samping mengintegrasikan sokongan membuat pembayaran mudah alih.

Swatch juga dijangka akan menawarkan bateri yang tahan lama, tidak seperti beberapa pengeluar jam tangan pintar pada hari ini.

Swatch dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pihak di Switzerland, dan mungkin jam tangan pintar ini akan ditawarkan di negara tersebut sahaja pada peringkat pengenalan.


Memandangkan Swatch sedia mempunyai pengalaman melalui jenama Tissot dan beberapa yang lain sebelum ini, maka semestinya  jam tangan pintar daripada jenama ini sesuatu yang dinantikan ramai. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori