KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyediakan pelan kesiapsiagaan untuk sembilan hari bermula 18 hingga 26 Februari ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi semasa sambutan Tahun Baru Cina 2015.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, pelan itu sebagai panduan dan rujukan kepada pihak yang terlibat dalam perkhidmatan pembekalan dan pengagihan air terawat sekiranya berlaku sebarang gangguan kecemasan di Lembah Klang sepanjang musim perayaan itu
Menurutnya, pelan itu mengandungi tentang kesiapsiagaan Jawatankuasa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP), pegawai dan kakitangan Syabas, pegawai operator loji, bahan sokongan penurapan jalan, permit kerja-kerja senggaraan, kontraktor panel, kesiapsiagaan logistik dan bekalan kecemasan, saluran komunikasi, maklumat pihak ketiga, kerja-kerja pemantauan kolam dan senggaraan sistem bekalan air serta carta alir ERP.
“Antara langkah Syabas bagi memastikan kesinambungan pengurusan bekalan air terawat sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina adalah memastikan ada kakitangan bertugas, mengenal pasti senarai kontraktor supaya kejadian paip pecah atau bocor dapat dibaiki segera serta pemantauan berterusan ke atas paras tangki, kolam air dan kolam air.
“Syabas turut menyediakan 573 tangki air statik dan 66 lori tangki air untuk digerakkan serta-merta sekiranya diperlukan semasa gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku bagi bantuan air kecemasan. Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) akan beroperasi 24 jam sehari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Priscilla bagaimanapun mengingatkan orang ramai pengguna mungkin menghadapi kesukaran menghubungi Puspel jika berlaku gangguan bekalan air pada skala yang besar maka mereka diminta bersabar jika terpaksa menunggu lama sedikit sebelum panggilan dijawab.
Justeru, katanya, pengguna disarankan menggunakan saluran alternatif seperti penggunaan aplikasi mySYABAS yang boleh dimuatnaik melalui Google Playstore dan Appstore, ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅtwitterĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ Syabas dengan menaip ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅfollow @puspelĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ di laman web masing-masing dan ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āFacebookĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ Syabas dengan menaip ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅpuspelĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ atau ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅpuspel syabasĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ bagi membuat sebarang aduan.
Beliau turut mengharapkan kerjasama pengguna agar menggunakan air dengan penuh berhemah dengan melaksanakan tips seperti berikut:
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ¢ Pastikan semua pili air ditutup dengan sempurna sebelum pulang ke kampung halaman atau keluar rumah untuk bercuti dalam masa yang panjang. Pengguna juga boleh terus menutup paip utama air masuk yang terletak di meter air premis masing-masing kerana ia lebih selamat bagi mengelakkan berlaku sebarang pembaziran air.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ¢ Melakukan pemeriksaan kebocoran paip dalam premis kerana banyak kes kebocoran yang berlaku tidak dapat dilihat atau limpahan di tangki air di bumbung. Baca meter air sebelum dan selepas dua jam semasa air tidak digunakan. Jika meter tidak memberi bacaan yang sama atau bacaan meter terus bergerak setelah semua pili air ditutup, maka terdapat kebocoran berlaku.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ¢ Membaiki pili atau paip air yang bocor dengan serta merta sebelum meninggalkan premis kediaman untuk mengelakkan bil air melambung.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ¢ Kitar semula air lebihan memasak atau basuhan. Ia boleh digunakan kembali untuk aktiviti luar seperti menyiram tumbuh-tumbuhan sekitar rumah.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ¢ Gunakan sinki atau besen yang berisi air bersabun untuk membasuh pinggan mangkuk kemudian bilaskan dengan air yang dialirkan secara perlahan. – mynewshub.cc