Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Disaman Ambil Gambar...

SEPANYOL – Jangan cuba ambil gambar kenderaan polis sembarangan, nanti buruk padahnya. Itu...

Sekolah Perlu Semak Pelan...

MELAKA - Pihak sekolah di negeri ini perlu menyemak semula pelan risiko kemalangan...

Matang Dalam Lontar Hujah,...

MESKIPUN sesi forum Anda Tanya, Mereka Jawab bersama Exco Puteri UMNO, Dira Abu...

Isu Rasuah: PKNS Tak...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya...

Tabung Kemanusiaan Kumpul Sumbangan RM2.23 Juta

KUALA LUMPUR – Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) bagi membantu mangsa banjir berjaya mengumpul RM2,233,228 hasil sumbangan orang ramai dalam masa 37 hari.

Pengarah Kanan dan Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman berkata tabung berkenaan ditutup pada pukul 11.59 malam tadi.

Katanya, amaun yang diterima TKKMM itu mengatasi kutipan tabung Gaza dan bencana taufan Haiyan di Filipina yang dilancarkan sebelum ini.

“Sumbangan yang diberikan oleh orang ramai kepada mangsa banjir menerusi tabung ini amat menggalakkan dan ini jelas menunjukkan sikap prihatin dan peduli yang tinggi dalam setiap diri rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sheikh Raffie berkata sumbangan dalam bentuk wang tunai itu dijangka akan diagihkan kepada mangsa banjir pada hujung bulan ini.


“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa membina kembali kehidupan mereka, terima kasih saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menderma,” katanya.

TKKMM mula dibuka pada 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Kutipan sumbangan itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama SKMM serta beberapa syarikat telekomunikasi termasuk Celcom, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Maxis Berhad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori