TAHNIAH kami ucapkan kepada pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz atas kelahiran bayi perempuan mereka jam 6.49 petang, semalam.
Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Fizz menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen:
“Alhamdulillah… Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami,terima kasih atas semua yg mendoakan… ”
http://instagram.com/p/zKhhK3k4fe/?modal=true
Bayi seberat 3.25 kilogram yang dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak itu merupakan anak pertama Almy dan Fizz yang bernikah pada 26 April tahun lalu.
Kami pasti peminat pun sudah tidak sabar-sabar untuk melihat wajah comel anak pasangan ini.
Apapun, tahniah sekali lagi! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza