Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peserta Lumba Lari Perempuan...

KUALA LUMPUR - Tindakan penganjur sebuah kejohanan sukan di Johor memaksa pelajar perempuan...

Orang Ramai Bantah Video...

PENANGKAPAN vokalis kumpulan Slam, Zamani nyata mengejutkan sebilangan besar peminat setia penyanyi ini.Namun...

FAM Rujuk AFC Jika...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan merujuk kepada Konfederasi...

Jokowi Dakwa Ada Ahli...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mendakwa ada ahli-ahli politik tertentu mengambil kesempatan...

Tambang Feri P.Pinang Dicadang Dinaikkan

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.

Jurucakap SPPP berkata mengikut cadangan itu, kadar tambang motosikal bakal dinaikkan dari RM2 kepada RM3.50, kereta dari RM7.70 kepada RM9, pejalan kaki dari RM1.20 kepada RM2 dan basikal dari RM1.40 kepada RM1.50 sen.

Beliau berkata orang ramai boleh mengemukakan pendapat mengenai kenaikan itu sebelum atau pada 2 Mac sebelum keputusan muktamad dibuat.

SPPP telah mengeluarkan notis hebahan sejak semalam dengan pekelilingnya turut diletakkan di terminal feri di sebellah pulau dan tanah besar.

E-mel turut boleh dihantar ke [email protected].

Jurucakap itu berkata harga tiket bermusim untuk pelajar turut dicadang dinaikkan kepada RM6 daripada RM3 manakala dewasa kepada RM50 daripada RM30.

Beliau berkata bagi lori dua gandar empat tayar, ia dicadang untuk dinaikkan kepada RM20 daripada RM13.20 sementara bagi lori dua gandar enam tayar, kepada RM40 daripada RM27.50.

Para pengguna mempunyai pandangan berbelah bahagi mengenai perkara itu.


S Suresh, 43, menyifatkan kenaikan itu adalah mendadak dan bakal membebankan pengguna.

“Memang tambang tidak berubah sudah lama. Tetapi jangan naik banyak sangat, naik setakat 50 sen sudah memadai. Saya naik motosikal guna feri enam hari seminggu, pergi dan balik, bayangkan tambang yang terpaksa saya bayar,” kata penghantar surat ini.

Mohd Nawawi Mohd Radzi, 36, berkata beliau berulang alik dari Kepala Batas ke George Town antara tiga hingga empat kali seminggu, jadi kenaikan tambang biar berpada-pada.

“Feri pengangkutan yang boleh dikira paling murah dan senang. Kalau guna Jambatan Pulau Pinang, takut kita terperangkap dalam kesesakannya,” katanya.

Peniaga dari dari Butterworth, Yuen, 49, berkata beliau terkejut dengan cadangan kenaikan itu, tetapi tidak ada pilahan dan terpaksa menggunakan feri.

“Dalam seminggu, dua kali saya datang ke pulau untuk ambil stok barang. Tambang bagi kereta, RM8 sudah cukup, tidak perlu sampai RM9,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori