Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ceroboh Kem Tentera: Lelaki...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Rusia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di...

Revolver Diguna Dalam Kes...

ALOR SETAR - Pihak polis merampas sepucuk revolver bersama sebutir peluru hidup yang...

Kingdom Hearts III: Jadi...

PETALING JAYA – Berita baik untuk peminat Kingdom Hearts!​​​ Dari 23 hingga 25 November...

‘Ultimatum Zombi’ Filem Komedi...

MUKTAMAD... Pengarah filem, Mamat Khalid akan menghasilkan filem komedi seram buat kali terakhir...

Tawar Tun M Jadi Penasihat, Langkah Terdesak PKR – Muhyiddin

BAU – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari orang yang boleh memberi nasihat kepada mereka, sehingga mereka menawarkan kedudukan itu, kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun timbalan perdana menteri itu percaya Tun Dr Mahathir terlalu sebati ‘darah UMNOnya’, iaitu parti yang dipimpinnya begitu lama, untuk menerima jawatan berkenaan jika ditawarkan.

“…saya percaya begitu, walaupun beliau kritikal dalam isu-isu tertentu dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan tapi saya percaya beliau ahli Umno yang sebati selepas menjadi pemimpin parti begitu lama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Suarah Bau di sini hari ini.

“Mungkin mereka (PKR) sudah rasa terdesak, tak ada siapa lagi yang boleh membantu jadi mereka terfikir Tun (Dr Mahathir),” katanya.

BACA –Takkan PKR Nak Lantik ‘Mahafiraun’ Jadi Ketua Umum?

Beberapa blog semalam melaporkan sekumpulan anggota PKR yang berhimpun di hadapan Ibu pejabat PKR Tropicana memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Tun Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.


Sementara itu, semasa dirujuk mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin berkata ketika ini masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu.

Ini kerana sehingga ini belum ada kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen itu.

Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan mendapati penasihat PKR yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Anwar, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan mengekalkan keputusan serta hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori