Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tempat Awam Atau Hanya...

TOLONG perjelaskan balik dengan tepat berhubung pemakaian wajib topeng muka.Ikut kandungan yang dikeluarkan...

TH Sudah Sedia Penginapan...

SEPANG - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persediaan rapi terutama dari aspek...

PAS, UMNO Rencana Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri...

Kelantan Biayai RM2 Juta...

KOTA BHARU – Sebanyak RM3.2 juta dikumpul oleh kerajaan negeri Kelantan menerusi Tabung...

Tengku Abdullah Titah Wujud SOP Khas Hadapi Banjir

PEKAN – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan kerajaan negeri supaya mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khas bagi menghadapi bencana banjir pada masa akan datang.

Baginda bertitah, walaupun sebelum ini pelbagai persediaan dilakukan, namun masih banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa berlaku dalam musibah banjir luar biasa yang berlaku baru-baru ini.

“Walaupun banyak persediaan telah dilakukan dan operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan sempurna, namun satu SOP khas yang lengkap patut diwujudkan bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih efisien,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berucap pada majlis perbarisan hari ulang tahun ke-34 Rejimen 505 Askar Wataniah di Kem Force 136, di Sungai Miang dekat sini, Ahad.

Majlis turut dihadiri Timbalan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Zaini Mohamad.

Pada masa sama baginda turut memuji agensi terlibat termasuk tentera kerana dapat menyempurnakan penyampaian bantuan dengan baik melalui udara, laut dan darat.

“Saya juga berasa bangga kerana Rejimen 505 Askar Wataniah juga diberi kepercayaan oleh 4 Briged Mekanize dan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) untuk melaksanakan operasi membantu angkatan tetap serta pihak berkuasa awam di negeri ini,” titah Tengku Abdullah.


Baginda difahamkan 20 pegawai dan 230 lain-lain pangkat sukarelawan dari Rejimen itu telah melibatkan diri dalam operasi bencana banjir dengan membantu kerja persiapan di pusat pemindahan serta membantu proses penghantaran makanan ke kawasan terjejas.

Selain itu Tengku Abdullah bertitah, mereka juga membantu kerja-kerja pasca banjir dengan membersihkan kemudahan awam iaitu sekolah, balai raya, masjid dan kawasan perumahan.

Baginda bertitah kesan daripada operasi itu, secara tidak langsung akan menarik minat kemasukan orang awam ke dalam askar wataniah.

Sementara itu dalam majlis gotong-royong pasca banjir di Kampung Temai di sini, Tengku Abdullah turut mengingatkan pihak swasta mahupun agensi kerajaan supaya sentiasa tampil membantu rakyat dan bukan hanya bermusim atau tempoh-tempoh tertentu sahaja.

Menurut baginda dengan cara itu, mereka akan lebih dekat dengan rakyat dan sekali gus menolong meringankan beban mereka yang memerlukan.

Dalam majlis gotong-royong itu, 14 rumah penduduk Kampung Temai dibaiki hasil sumbangan agensi kerajaan seperti Universiti Malaysia Pahang, Majlis Daerah Pekan dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori