Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

SPRM Kenalpasti Tiga Punca...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenalpasti sektor perolehan dan penguatkuasaan...

UPP Perlis Rampas 63...

PADANG BESAR - Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis merampas 63 ekor tenggiling yang...

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

TPM Sahkan Tangkapan 2...

LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Tentera Filipina Beri Alasan Gagal Selamat Polis

MANILA – Tentera Filipina mempertahankan tindakannya dalam kejadian 44 anggota komando polis terbunuh semasa satu serbuan antipengganas sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, anggota komando polis itu diserang oleh dua kumpulan pemberontak Islam, termasuk satu kumpulan yang menandatangani perjanjian damai dengan Manila tahun lalu, dalam misi menangkap Zulkifli Hir iaitu salah seorang militan paling dikehendaki.

Ketua Staf Tentera, Jeneral Gregorio Catapang berkata, pihak tentera tidak dapat bertindak segera menyelamatkan unit polis berkenaan kerana lokasi pasukan itu jauh serta di kawasan berpaya di selatan Mindanao.

“Kami tidak tahu lokasi yang tepat di mana polis berkenaan berada semasa kejadian, mereka tidak memberitahu kami sehingga menyukarkan operasi menyelamat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Catapang memberitahu, pasukan polis itu berjaya diselamatkan selepas hampir 18 jam insiden berlaku dan laporan penuh mengenai kejadian itu telah dikemukakan kepada Presiden Benigno Aquino.

Aquino dan tentera sebelum ini dikritik hebat oleh banyak pihak kerana gagal memastikan keselamatan nyawa anggota polis terbabit semasa mereka menyertai operasi seperti itu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori