Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa Disaran Tabung...

KUALA LUMPUR – Ibu bapa disaran menabung bagi memaksimumkan skim Amanah Dana Anak...

eBario Dan BSN Terima...

KUALA LUMPUR - eBario Sdn Bhd dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerima Anugerah...

CEO Portal Berita Rappler...

MANILA - Ketua Pegawai Eksekutif laman web berita tersohor Filipina, Rappler, ditangkap pihak...

Saya Tak Akan Berundur,...

KUALA LUMPUR : Tan Sri Azam Baki menegaskan hari ini beliau tidak akan...

Teresa Kok Dilarang Masuk Ke Sabah Semalam

NAIB Pengerusi DAP Teresa Kok semalam dilarang daripada memasuki Sabah oleh kerajaan negeri itu di Sandakan pada kira-kira pukul 3 petang.

Berikutan itu, Teresa dilaporkan dihantar semula menaiki pesawat AirAsia yang digunakan untuk ke Sandakan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur kira-kira 20 minit kemudiannya.

050215TeresaSabah_2

Di laman Facebooknya, Teresa menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan tindakan itu dan menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana melarangnya masuk ke Sabah.

Menurut beliau, ketika menunjukkan kad pengenalan di kaunter imigresen, Teresa diminta untuk pergi ke pejabat imigresen selepas semakan dilakukan di komputer.

BACA JUGA – Teresa Kok Kembali ‘Gurau Kasar’ Guna Video Sempena CNY 

“Saya dibawa untuk berjumpa seorang pegawai wanita yang memakai tag nama “DG Maimunah”. Beliau memberitahu saya bahawa saya dilarang masuk ke Sabah.

050215TeresaSabah_3

“Saya tanya sebab larangan tersebut, tetapi tiada jawapan diberi.

“Saya kemudian panggil Stephen Wong, Ahli Parlimen DAP di Sandakan yang sambut saya di lapangan terbang Sandakan untuk datang ke pejabat imigresen.

“Beliau dan pembantunya masuk dan tanya pegawai imigresen sebab saya dilarang masuk, Puan DG Maimunah hanya kata ini adalah arahan daripada Kerajaan Negeri Sabah,” kata Teresa menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut Teresa, beliau tidak diberitahu langsung oleh Kerajaan Negeri Sabah berkenaan larangan beliau datang ke negeri itu sebelum ini dan menganggap perjalanan pergi balik selama lebih kurang enam jam itu sebagai membazir.


“Selama ini, DAP yang selalu membangkitkan perjanjian 20 perkara di antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang mana termasuk kuasa imigresen,” katanya.

Menurut Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang berkenaan, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh tidak dibenarkan masuk ke negeri itu atas arahan Kerajaan Negeri Sabah.

Tidak dapat dipastikan larangan Teresa memasuki Sabah ada kaitan dengan kes yang sedang dihadapinya dibawah Akta Hasutan kerana menerbitkan sebuah video sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu.

Video itu dikatakan menyindir banyak pemimpin Umno BN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun tidak dinyatakan secara khusus.

Tidak serik dengan apa yang berlaku, Teresa sekali tampil menerbitkan video terbarunya sempena perayaan Tahun Baru Cina 2015.

Video itu menampilkan lebih banyak pelakon yang terdiri daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

– MYNEWSHUB.CC

Video Teresa Kok Tahun Baharu Cina 2015

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori