Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Geng Kongsi Gelap “Ayah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan kongsi gelap ‘Geng Ayah Yie Tiger 99’ yang disyaki...

‘Hatrik’ Bursa Malaysia Ditutup...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah buat hari ketiga berturut-turut hari ini...

Dulu Dialog Belanjawan Dengan...

KUALA LUMPUR - Akibat terlalu percayakan propaganda untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan...

Penyelewengan Sukuk RM597 Juta,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memanggil pegawai Kementerian...

Terima Apa Sahaja Keputusan Mahkamah Esok – Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta semua pihak supaya menerima apa sahaja keputusan yang akan ditentukan esok oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan portal Malaysiakini, dalam sebuah negara yang mempunyai sistem perundangan, apa sahaja keputusan yang dibuat mahkamah perlu diterima sama ada Anwar dibebaskan atau sebaliknya.

“Rakyat mesti terima (sebarang keputusan). Negara ini ditadbir dengan undang-undang.

BACA JUGA – Bebas Atau Penjara? Anwar Akan Tahu Nasibnya Selasa Ini

“Kalau mahkamah berpendapat dia (Anwar) tak salah, kita terima sahajalah.

“Jangan ada orang kata nanti, kalau orang besar buat salah, tak apa (dibebaskan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung nasihatnya kepada orang ramai yang akan ke Istana Kehakiman esok.


Esok, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pembelaan berkenaan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Anwar oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lepas.

Beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di ibu negara.

– MYNEWSHUB.CC

Temubual Anwar Dengan Al-Jazeera Di Mahkamah Tinggi Pada 2012

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori