Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bot Nelayan Malaysia Ditahan...

JAKARTA - Sebuah bot nelayan dengan nombor pendaftaran bot Malaysia ditahan di kawasan...

Netizen Terharu Lelaki Buta...

SAYU hati rasanya tatkala membaca kisah mengenai seorang suami cacat penglihatan namun masih...

2 Pengedar Dadah Warga...

BINTULU - Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan...

Akur Desakan Pelbagai Pihak,...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji yang bercadang untuk menjual tanahnya di Tun...

Anwar Patut Dipenjara Lebih 11 Tahun – Syed Ali Alhabshee

SEMUA pihak khususnya penyokong tegar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menerima hakikat keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati beliau bersalah dan dihukum penjara selama lima tahun, bermula Selasa.

Ketua Bahagian UMNO Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya melihat tempoh lima tahun adalah terlalu singkat sedangkan kes itu mengambil masa selama tujuh tahun sebelum mahkamah membuat keputusan.

“Seharusnya Anwar menerima hukuman penjara sekurang-sekurangnya 11 tahun penjara angkara perbuatan meliwat. Ini termasuklah tindakannya mencemar badan kehakiman negara ini.

BACA JUGA – Anwar Tidak Akan Menerima Layanan 5 Bintang Di Penjara

“Saya mahu menasihatkan orang ramai dan penyokong tegar Anwar khususnya agar menerima hakikat keputusan mahkamah yang mendapati beliau bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari.

“Mahkamah juga sudah membuat keputusan untuk mengekalkan penjara lima tahun yang dibuat tahun lalu,” kata Syed Ali menerusi tulisan di blog beliau umnobahagiancheras.blogspot.com.

Beliau juga berharap penyokong Anwar yang juga Ketua Umum PKR supaya jangan melakukan tindakan yang bodoh sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.

Katanya, keputusan yang dibuat mahkamah tidak ada kena mengena dengan konspirasi atau campur tangan politik langsung.

“Ia dilakukan atas laporan yang dibuat oleh pengadu iaitu bekas pembantu Anwar.


“Hakim sendiri sudah menjelaskan bahawa bekas pembantu Anwar adalah saksi yang berkredibiliti, jadi terimalah hakikat Anwar meliwat.

“Keputusan yang dibuat oleh barisan panel hakim adalah telus dan berintegriti. Mahkamah juga bebas dan tidak tunduk kepada mana-mana tekanan politik dalam menentukan hukuman terhadap Anwar,” katanya.

Syed Ali yang menerima baik keputusan hakim berpendapat, dengan berakhirnya kes Anwar ini ia berjaya membuktikan bahawa badan kehakiman di negara ini bebas dan tidak tunduk di bawah tekanan pihak lain.

– MYNEWSHUB.CC

Sidang Media PKR Berkenaan Hukuman Penjara Anwar Ibrahim 

http://youtu.be/fQM0_iIC2Yw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori