Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lelaki Melecur Disimbah Petrol,...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki melecur di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan...

Bahasa Melayu Satukan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Penghayatan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Cina di China dipercayai...

Video: Lagi Kes ‘Flight...

ISU pembatalan penerbangan saat-saat akhir oleh syarikat penerbangan Rayani Air yang dilaporkan berlaku...

Jangan Lagi Sebut ‘Merdeka’...

MANSUH... Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedikit demi sedikit mula hapus segala sejarah negara...

Isu Terlalu Sensitif, Akim Tak Paksa Stacy Peluk Islam

Setelah tiga tahun berteka-teki, khabar angin tentang hubungan istimewa yang terjalin antara kedua-dua bekas pelajar Akademi Fantasia, Akim dan Stacy akhirnya disahkan sendiri mereka.

Namun, ulas Akim, dia kini perlu berhati-hati dalam menyusun kata terutamanya dalam memberi komen berhubung perbezaan agama antaranya dan Stacy.

Tambahnya, dia meletakkan sepenuhnya kepada keikhlasan hati teman wanitanya itu untuk memeluk agama Islam.

[TERDAHULU: Akhirnya… Akim Ahmad Akui Bercinta Dengan Stacy]

Memetik kenyataan pelantun lagu ‘Mewangi’ itu dalam portal MStar, “Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

“Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri.”

Akim dan Stacy

Walaupun tidak mendesak, namun Akim berkata, Stacy sememangnya menunjukkan minat dalam mendalami Islam dan sering bertanyakan soalan berkaitan kitab suci al-Quran dan ibadat Solat.

“Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

“Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah.”


Ujar Akim, 24, dia memutuskan untuk mendedahkan hubungan mereka setelah ia mendapat restu dari keluarga Stacy sendiri.

“Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif dan tiada halangan untuk kami meneruskan percintaan ini sekaligus mendedahkannya kepada umum selepas tiga tahun kami berkawan.

“Restu daripada mereka juga membuatkan kami berani untuk terbuka dalam soal tersebut biarpun sebelum ini kami lebih berhati-hati.”

Tanpa mendedahkan tarikh rasmi hubungan mereka, Akim turut menyerahkan kepada takdir andai jodoh mereka berjaya sehingga ke jinjang pelamin.

“Belum sampai seru lagi dan Insya-Allah jika ada jodoh antara kami berdua pasti akan diberitahu kepada semua. Keluarga pun sudah beri restu, tinggal lagi kami belum merancang ke arah tersebut.”

– MYNEWSHUB.CC

Paduan Suara Akim Dan Stacy Di Separuh Akhir Muzik-Muzik 28

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori