Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU14: Penjawat Awam Dinasihat...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam...

TN50 Sediakan Rakyat Revolusi...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pelan...

Beberapa Syarikat GLC Telah...

SELEPAS PH menang PRU14, beberapa syarikat GLC telah mengalami kerugian yang teruk pada...

100 Biasiswa Menteri Untuk...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang...

Confirm Jem! 1.5j Kereta Dijangka Guna Lebuhraya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka mengalami kesesakan sempena sambutan Thaipusam esok.

Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Iskandar Zulkifli berkata kira-kira 1.5 juta pengguna dijangka menggunakan laluan itu hari ini dan esok.

“Pengguna jalan raya boleh merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai-Timur masih lancar dan terkawal hari ini.


Ketua Polis Gombak ACP Ali Ahmad pula berkata antara laluan yang ditutup sempena Thaipusam esok ialah Jalan Perusahaan, Bulatan Batu Caves dari arah Selayang dan Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves.

Beliau berkata keadaan trafik di kawasan berkenaan masih terkawal setakat ini.

-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori