Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pesara Tentera Maut, 2...

SUNGAI PETANI - Seorang pesara tentera maut manakala dua rakannya cedera, seorang daripadanya...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,237 orang pada...

China Mula Laksana Swab...

BEIJING - Pemerintah China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur (anal swab) ke...

MU Bukan Kelab ‘Favourite’...

PENGURUS kelab sensasi Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya bukan menjadi calon utama...

Tiada Laporan Wanita Dijangkiti Kencing Tikus Dari Kobis

KUCHING – Menteri Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata pihak berkuasa kesihatan di sini belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan seorang wanita dijangkiti penyakit kencing tikus selepas memakan kobis dari China.

Menurut Dr Jerip, ada banyak cara seseorang boleh terkena jangkitan penyakit kencing tikus tetapi bukan menerusi makanan.

Katanya, organisme hidup biasanya memasuki sistem tubuh manusia melalui rekahan pada kulit dan luka atau melalui lapisan mucosal (mucosal linings).

Beliau berkata kobis atau apa juga makanan yang sudah dimasak sempurna adalah selamat untuk dimakan.


Dr Jerip menjelaskan demikian sebagai mengulas dakwaan dalam media sosial facebook yang mendakwa seorang wanita kini terlantar di sebuah hospital swasta di sini selepas dijangkiti penyakit kencing tikus selepas memakan kobis import dari China.

Laporan itu mendakwa wanita itu membeli kobis berkenaan dari sebuah pasar di sini dan selepas memakannya beliau muntah, cirit-birit dan pengsan.

Laporan mendakwa doktor di hospital berkenaan menyatakan terdapat tanda-tanda wanita terbabit dijangkiti penyakit kencing tikus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori