Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Takut Sangat Kerajaan ‘Rule...

KERAJAAN yang lantang melaungkan "rule of law" atau kedaulatan undang-undang nampaknya semakin mengabaikan...

Laman Berita The Malaysian...

PORTAL berita The Malaysian Insight menghentikan penerbitannya bermula minggu depan kerana gagal mencapai jumlah...

NZ Usir Wanita HK...

WELLINGTON - Seorang wanita asing yang menyembunyikan enam biji buah lemon di dalam...

TMJ ‘Sound’ KJ Tak...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi laman...

Mesej Disebar Palsu, Tiada Solidariti Dari PAS Untuk Anwar

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi kononnya parti itu bersolidariti ke atas kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebaliknya menjelaskan, satu kenyataan rasmi kononnya PAS bersolidariti dalam kes tersebut seperti yang disebarkan sebelum ini adalah palsu.

“Assalamualaikum. Saya dengan ini mengesahkan bahawa kononnya satu kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertarikh 9 Februari 2015 (mengenai isu kenyataan rasmi parti dan solidariti terhadap kes Dato Seri Anwar) adalah palsu, tidak benar sama sekali.

“Pihak Dato Seri Tuan Guru (Abdul Hadi) merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat PAS dan pemalsuan kenyataan media itu. Harap maklum,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengumumkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dikekalkan.

Pasukan pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah.


Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Meskipun pimpinan PKR menyeru orang ramai menyertai solidariti ke atas Anwar namun hanya ratusan orang yang rata-rata mereka penyokong setia beliau hadir di perkarangan mahkamah hari ini.

Sehingga petang ini juga, tidak ramai pemimpin PAS menyatakan sokongan ke atas Anwar kecuali Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang sekadar meminta keluarga Ketua Umum PKR itu tabah menghadapi keputusan berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC

Video: Liwat II Pasti, Tidak Dinafikan Lagi – Zulkifli Noordin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori