Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Teksi Didenda RM10,000...

JOHOR BAHRU - Seorang pengusaha syarikat teksi didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di...

Trump ‘Kantoi’ Intai Kertas...

LOS ANGELES - Undi sepatutnya adalah rahsia, walaupun 'orang rumah' anda sendiri yang...

Penjawat Awam Berintergriti, Patuhi...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu penjawat awam yang berkhidmat...

Penting Untuk Malaysia Memperkukuhkan...

KUALA LUMPUR - Adalah penting untuk Malaysia terus memperkukuhkan daya tahannya daripada sebarang...

Tiga Penuntut Islam Ditembak Mati Di Amerika Syarikat

TIGA penuntut  Universiti North Carolina di Chapel Hill, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas ditembak dengan pistol dalam satu kejadian di sebuah kompleks kondominium kampus luar, dekat universiti pada Rabu.

Menurut laporan Huffingpost, suspek yang merupakan lelaki tempatan menyerah diri kepada polis selepas membunuh Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 dan adiknya Razan Mohammad Abu-Salha, 19.

Berita ini tersebar dengan pantas menerusi laman sosial terutama di kalangan komuniti Muslim kerana mangsa dikatakan gemar melakukan kerja amal ketika hayatnya.

 

Fullscreen capture 2122015 30608 AM


Disebabkan ketiga-tiga mangsa jelas mengamalkan Islam melalui pemakaian dan cara hidup, ramai melahirkan kebimbangan kejadian mempunyai kaitan dengan ‘jenayah benci’ hingga hashtag #muslimlivesmatter mulai trending di laman makro Twitter.

dua

Craig Stephen Hicks, 46, dari Chapel Hill didakwa atas tiga tuduhan membunuh dan di tahan reman di penjara Durham County.

Kawasan Summerwalk Circle digambarkan sebagai satu lokasi senyap hinggalah tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan pada jam 5.15 petang waktu tempatan, membuatkan pihak polis bergegas ke sana sejurus menerima laporan.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori