Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peluang Nikmati Hidangan Malam...

KUALA LUMPUR - Pernahkah anda berangan-angan untuk menjamu selera di dalam sebuah pesawat...

Bajet 2023: Cuepacs Mohon...

PETALING JAYA – Kerajaan diminta mempertimbangkan permohonan untuk menaikkan gaji penjawat awam menerusi...

Kelly Clarkson Umum Hamil...

PENYANYI yang juga pemenang pertama program realiti nyanyian American Idol, Kelly Clarkson mengumumkan...

Model Diancam Kerana Berjaya...

GEMUK salah, kurus pun salah. Itu dilema yang dialami oleh model bersaiz besar,...

TM Umum Gangguan Internet Sehingga 6 Mac

ANDA mungkin menyedari masalah kelembapan melayari Internet yang bagaikan ‘kencing tak lawas’ saja sejak kebelakangan ini.

Jika anda cuba buka Youtube, sesetengah video kadar kualitinya cuma 360P sahaja.

kazim 360p 2

Kelembapan paling nyata dialami apabila melayari laman dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara.

Ini disebabkan berlaku kerosakan pada kabel bawah laut Asia-America Gateway (AAG) berhampiran Filipina sejak 9 Februari tahun lalu.

Pihak Telekom Malaysia hari ini mengumumkan, masalah kelembapan kelajuan internet ini akan berterusan sehingga 6 Mac depan.

Dimaklumkan, kelewatan membaiki kerosakan tidak dapat dielakkan berikutan cuaca buruk dan ketinggian ombak yang berbahaya sekitar kawasan kabel dilaporkan rosak.

Pelanggan TM yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui email [email protected] untuk pelanggan Stremyx dan [email protected] untuk pelanggan UNIFI.


Laporan mengenai perkara ini juga boleh diikuti melalui Twitter rasmi @TMconnects.

Kepada pengguna (termasuk kami) sama-samalah kita bersabar dengan masalah yang ada kerana proses dibaikpulih sedang dijalankan.

Kerosakan kabel AAG kali ini, dilaporkan kali keenam sejak 2011.

Diharapkan selepas pembaikian kali ini keadaan akan kekal baik lebih lama jadi pengguna tidaklah terasa seperti melayari internet tahun 1995. Terima kasih.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: TM

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori