KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki Cina warga emas yang mengekori penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika membuat serbuan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri Ke-9 membawa padah apabila akhirnya dia diminta untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa, semalam.
Lelaki tersebut ditahan kerana disyaki sebagai pemberi maklumat atau Tonto kepada sebilangan besar pemilik premis-premis haram yang diserbu oleh DBKL dan beberapa agensi lain yang terlibat.
Perlakuan lelaki tersebut pada mulanya enggan memberi kerjasama ketika dia diminta untuk menunjukkan kad pengenalan kepada pihak berkuasa, malah dia mempersoalkan haknya sebagai orang awam yang hanya mahu meninjau keadaan dengan lebih dekat lagi di lokasi serbuan.
https://www.youtube.com/watch?v=0YrMdy9Xn5w
Suspek yang kelihatan mencurigakan itu tetap berdegil dan seakan berang kepada pihak berkuasa namun setelah diberikan penjelasan, barulah dia menunjukkan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Suspek Tonto akan ditahan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menggunakan Akta Rawatan Pemulihan 1983, sera Akta Agensi Dadah Kebangsaan 2004 (AADK) yang membolehkan suspek ditahan dalam tempoh 12 jam.
Ops BAH kini sudah memasuki siri ke-9 dalam tempoh 2 tahun ini.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: HZQAHMD
Photo/Video: RIZA RAZAK