Sejak dari dahulu lagi, jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar untuk mengetahui berapa masa yang tinggal sebelum tamat tempoh peperiksaan.
Penggunaan jam tangan amat membantu dalam ‘memberitahu’ dan ‘mengingatkan’ si pemakainya tentang minit-minit dan jumlah masa yang masih berbaki.
Tetapi di United Kingdom, pelajar di beberapa univerisiti sudah mula diharamkan dari memakai ‘jam tangan’ apabila memasuki dewan peperiksaan.
Arahan ini diberikan oleh beberapa universiti kerana risau jam yang dipakai sebenarnya jam pintar yang membolehkan pelajar meniru ketika peperiksaan.
Di Univerisity of London contohnya pihak universiti mengakui sudah menemui dua insiden pelajar cuba menipu menggunakan jam pintar mereka.
Pihak universiti merasakan adalah lebih mudah untuk mengharamkan pemakaian semua jenis jam tangan dari membuang masa memeriksa setiap jam yang dipakai oleh pelajar.
Pengharaman pemakaian jam tangan ini adalah petanda awal bagaimana penggunaan peranti pintar boleh pakai mengubah cara peperiksaan dijalankan.
Pengendali peperiksaan harus peka dengan kemajuan teknologi dan apakah alatan biasa yang akan dipintarkan seterusnya.
Bagaimana pula polisi berkenaan pemakaian jam tangan di universiti ataupun sekolah anda?
Adakah guru dan pensyarah anda sudah menyedari “toyol moden†dalam bentuk jam tangan pintar yang dipakai oleh para pelajar? -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Independent
Oleh: hzqahmd