Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

4,000 Pengusaha Terima Kad...

SANDAKAN - Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia kepada 4,000 pengusaha teksi di negeri...

Malaysia Akan Terima Kapal...

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara...

Kastam Rampas 4,000 Liter...

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 4,000 liter minuman...

Geli!!! 150 Cacing Dikeluarkan...

INDIA - Seorang wanita dari Uttar Pradesh mengejutkan dunia perubatan setelah pembedahan dilakukan...

TransAsia Batal Lebih Banyak Penerbangan

TAIPEI – Syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia Airways mengumumkan lebih banyak pembatalan penerbangan semalam selepas juruterbangnya dipanggil untuk menjalani latihan semula susulan nahas kedua yang menimpa pesawatnya dalam tempoh tujuh bulan.

Penerbangan berkenaan memberitahu kelmarin bahawa 90 penerbangan domestik akan dibatalkan menjelang hari ini.

“Kami akan membatalkan sejumlah 32 penerbangan lagi esok ekoran juruterbang-juruterbang kami dipanggil untuk program latihan semula,” kata seorang jurucakap penerbangan berkenaan.

Menurutnya, lebih banyak penerbangan domestik TransAsia akan dibatalkan jika ujian terhadap semua 71 juruterbang pesawat ATR 72-600 yang bermula kelmarin tidak dapat disempurnakan dalam tempoh empat hari menurut jadual.

Pentadbiran Penerbangan Awam Taiwan mengarahkan latihan semula itu selepas mengesyaki juruterbang mungkin tidak sengaja mematikan satu daripada dua enjin Penerbangan GE235 sebelum pesawat itu terhempas pada Rabu lalu.

“Juruterbang yang gagal ujian itu tidak akan dibenarkan mengendalikan pesawat,” kata jurucakap tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan TransAsia mengumumkan bahawa pihaknya mula mengagihkan dana sebanyak AS$38,000 (RM134,786) kepada keluarga penumpang yang meninggal dunia dalam nahas udara pada minggu lalu.

Menurut TransAsia, wang tersebut adalah untuk perbelanjaan pengebumian.

Sementara itu, anggota-anggota penyelam semalam menggunakan alat pengesan logam untuk mengesan jam tangan tiga mangsa yang masih hilang dalam usaha mencari mereka.

Sekurang-kurangnya 40 orang maut selepas pesawat jenis ATR 72 terhempas ke dalam Sungai Keelung di sini beberapa minit selepas berlepas. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori