SINGAPURA – Boeing and Transavia Co, anak syarikat milik penuh Air France KLM Group, semalam mengumumkan tempahan 17 buah pesawat 737-800 Next-Generation, termasuk opsyen bagi tambahan tiga lagi pesawat.
Boeing dalam satu kenyataan, berkata tempahan itu yang bernilai US$1.6 bilion pada senarai harga semasa, telah pun ditempah dan dikaitkan dengan pelanggan yang tidak dikenali dalam laman sesawang Tempahan & Penghantaran Boeing sebelum ini.
Katanya, tempahan itu secara signifikan akan menyokong pertumbuhan operasi Transavia dari Peranchis dan Belanda.
Syarikat penerbangan itu sekarang ini memiliki armada yang terdiri dari pesawat-pesawat Boeing termasuk 45 pesawat 737 Next-Generation.
Ketua Pegawai Eksekutif Transavia, Bram Graber berkata syarikat itu telah menjadi peneraju penerbangan tambang rendah di Peranchis dan Belanda dengan sokongan pesawat 737 Next-Generation yang memiliki kelebihan ekonomi dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan.
Naib Presiden Jualan Eropah, Pesawat Komersial Boeing, Todd Nelp berkata Transavia, melalui pengembangan operasi syarikat itu di Belanda dan Peranchis
telah memberikan perancang percutian, nilai yang luar biasa berikutan kecekapan prestasi pesawat 737 Next-Generation syarikat penerbangan tersebut. – BERNAMA