Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tidak Selamat Jika...

AWAS... Malaysia dan agama Islam tidak selamat di bawah mana-mana parti yang mencalonkan...

Bunkface Sasar 6,000 Hadir...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bunkface menyasarkan seramai 6,000 peminat akan hadir pada konsert...

Hakim Wajar Ambil Kira...

KUALA LUMPUR - Badan kehakiman sepatutnya mengambil kira kedudukan agama Islam yang merupakan...

Ajaran ‘Sahadah Ilah’ Bertentangan...

NILAI - Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan baru-baru ini bahawa ajaran 'Sahadah...

Tuan Ibrahim Angkuh, Kata PAS Tidak Akan Bergabung Dgn UMNO

Walaupun ramai pihak termasuk UMNO sendiri dilihat terbuka dalam isu kerjasama dengan PAS, namun sebaliknya parti itu sendiri yang bersikap ‘hidung tinggi’.

Dalam satu kenyataaan, Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud.

[BERKAITAN: Misi TGNA Laksana Hudud Tetap Berjalan Walau DAP Bantah]

Tambahnya lagi, usul tersebut juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti sebelum ini.

“Berdekad-dekad UMNO menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba UMNO betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎”

Bukan itu sahaja, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tentang pembahagian kerusi parlimen andai kedua-dua parti menjalinkan penggabungan kelak.

parliament-642x420

Katanya, “PAS ada 21 kerusi Parlimen, UMNO mempunyai 88 kerusi Parlimen.

“Jika bergabung, UMNO nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan UMNO sudah tidak masuk akal.”

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang telah menegaskan pendirian parti untuk tidak bergabung dengan UMNO melalui keputusan Muktamar PAS sebelum ini.

Ujarnya, dasar penggabungan kedua-dua parti haruslah datang dari keputusan muktamar, dan bukannya datang dari keputusan seorang individu sahaja.


Untitled

Dalam status di laman Facebook rasminya semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa beliau membuat penemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi mendiskusikan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan.

10471207_10152600899735952_1336760400023491956_o 10999103_10152600900215952_7586403215670201290_o

Berdasarkan kenyataan Tuan Ibrahim ini, timbul satu persoalan yang nyata menghairankan dan boleh diibaratkan seperti ‘cakap tak serupa bikin’.

Andai mereka menolak kerjasama bersama UMNO atas dasar hukuman hudud, bagaimana pula dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu DAP yang lantang menolak perlaksanaan undang-undng Islam itu walaupun di Kelantan? – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita – Kemelut Hudud Selesai Andai PAS atau DAP Keluar Pakatan Rakyat

https://www.youtube.com/watch?v=jRfhLPkCs8Y

gabung

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori