MOUNT PLEASANT, New York – Tujuh orang maut dan 12 lagi cedera apabila sebuah tren komuter yang sarat ÂÂdeÂÂngan penumpang merempuh sebuah kenderaan yang tersadai di landasan kereta api dekat bandar White Plains petang kelmarin.
“Enam orang di dalam tren terbunuh di samping pemandu kenderaan Jeep Cherokee dalam kemalangan pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) itu,†kata Gabenor New York, Andrew Cuomo pada satu sidang akhbar.
“Ia satu kemalangan ngeri tetapi nasib baik angka korban tidak meningkat,†tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai tempatan, Rob Astorino, berkata, seramai 12 mangsa cedera dengan 10 daripada mereka parah dalam nahas itu.
“Seramai 11 daripada mangÂÂsa dirawat di Pusat Perubatan Westchester,†katanya.
Beberapa penumpang tren berkenaan menceritakan seÂÂnario menakutkan itu selepas mereka dipindahkan ke tempat selamat.
“Asap kuning keluar daripada tren itu, kereta api masih terbakar ketika kami dibawa keluar,†kata seorang penumÂÂpang, Jared Woodward.
Menurut pihak berkuasa, beratus-ratus penumpang tren komuter lapan gerabak itu dibawa ke sebuah gimnaÂÂsium yang dijadikan pusat perlindungan sementara. “Tren itu membawa kira-kira 650 orang di laluan pinggir bandar raya New York termasuk Daerah Westchester,†kata pihak berkuasa. – Reuters
https://www.youtube.com/watch?v=oZTCYj3Vp7Y