Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Dijangka Perketat SOP...

SHAH ALAM - Kerajaan dijangka akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya...

Vanidah Dan Rashidi Sudah...

AGAK lama kami tidak mendengar perkhabaran mengenai pasangan suami-isteri romantis,Vanidah Imran dan Rashidi...

KTMB Lancar Tren Ulang-Alik...

PADANG BESAR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Isnin melancarkan perkhidmatan baharu...

Video: Detik Cemas Pak...

VIDEO ini memaparkan detik cemas seorang lelaki Arab yang sedang berjalan kaki di...

Pengguna, Jangan Beli Barang Jika Harga Tak Patut – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua peniaga tanpa mengira bangsa perlu bersikap adil terhadap pengguna dengan menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.

Perdana menteri berkata pada masa sama, orang ramai juga boleh menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan daripada peniaga yang menjual dengan harga tidak berpatutan.

“Kesannya, peniaga seperti ini akan terpaksa menurunkan harga barang sejajar dengan kos,” katanya dalam entri terbaharu di blog NajibRazak.com yang turut disertakan dengan siaran audio berdurasi kira-kira dua minit.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah ditugaskan untuk melakukan pemantauan lebih kerap di seluruh negara bagi memastikan peniaga dan pemborong tidak menaikkan harga barang dengan sesuka hati.


Najib turut menegaskan bahawa isu penurunan harga barang tiada kaitan sama sekali dengan bangsa seseorang peniaga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori