Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nombor Bil Rujukan Mandatori...

PUTRAJAYA : 'Nombor Bil' akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua...

3 Termasuk Pelajar Sekolah...

BUTTERWORTH - Tiga remaja lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima ditahan ketika sedang...

Rafizi Ramli Kini Setiausaha...

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN KEADILANPERLANTIKAN KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT PENGGAL 2014 – 2017Dengan selesainya...

ESSZone: Zahid, Musa Aman...

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan...

Ucapan Di Perhimpunan Anwar, Adam Adli Ditahan Lagi

Aktivis Adam Adli yang sebelum ini pernah ditahan kerana ucapan berbaur hasutan pada Mei 2013, terpaksa menerima nasib sama sekali lagi.

Menurut laporan portal Malaysiakini, dia ditahan ketika menyertai perhimpunan menuntut keadilan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan pusat membeli-belah Sogo sebentar tadi.

[BERKAITAN: Hasutan: Adam Adli Dihukum Penjara 12 Bulan]

Bukan itu sahaja, setengah jam selepas penahanan Adam, seorang lagi individu, Faris Musa dari Jingga 13 turut ditahan di hadapan Kompleks Pertama.

Menurut informasi portal berkenaan, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Adam ditahan kira-kira jam 5.25 petang oleh tiga orang anggota polis selepas dia membuat ucapannya di kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat sumber, Adam ditahan kerana ucapannya dalam perhimpunan sama yang diadakan pada minggu lepas.


nik-nazmi

Sementara itu, satu pergelutan berlaku antara penyokong dan anggota polis ketika pihak berkuasa itu ingin menahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mempertikaikan penahanan Adam.

Namun demikian, pihak polis kemudiannya memutuskan untuk melepaskan Nik Nazmi dengan syarat agar perhimpunan itu bersurai. – MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Adam Adli Yang Menyebabkannya Ditahan Polis

https://www.youtube.com/watch?v=dW3VRwEyLqg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori