Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LIMA’17 Dapat Sambutan, 95%...

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '17) bermula 21 Mac...

Iran, Rusia Meterai MoU...

MOSCOW - Iran dan Rusia telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama...

Wanita Rakam Aksi Lelaki...

GILA seks, itu yang digambarkan terhadap seorang lelaki yang 'rancak' melakukan onani di tepi...

Wang Sagu Hati Nelayan...

PONTIAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan bekerjasama dengan kerajaan...

Ular Hidap Penyakit Jarang Ditemui, 28 Ketumbuhan

TASMANIA – Seekor ular terpaksa dijaga oleh manusia untuk seumur hidup selepas disahkan menghidap sejenis penyakit Charcot yang jarang dialami ular lain, dan mempunyai 28 ketumbuhan di tulang belakangnya.

Ular betina yang digelar Rocky sepanjang 60cm itu ditemui di Bukit Rocky dan dipercayai antara 16 ekor ular sahaja di dunia ini yang menghidap penyakit berkenaan.

Ia kini dipelihara oleh Pusat Pemeliharaan Reptilia di Tasmania.

Akibat keadaannya itu, Rocky tidak boleh bertelur kerana ia akan menjangkiti penyakit berkenaan kepada anak-anaknya dan memandangkan ketika ini merupakan musim mengawan, maka Rocky terpaksa diasingkan daripada ular jantan yang lain.

Bagaimanapun CEO pusat berkenaan, Bruce Press berkata, Rocky tidak mengalami kesakitan akibat penyakit Charcot yang dialaminya itu.


“Rocky bergerak bebas seperti ular lain,’’ katanya yang menemui Rocky selepas menarik ular berkenaan dari satu lubang.

Ketika itu, katanya, keadaan Rocky amat mengejutkan kerana kepala ular berkenaan lebih besar dari badannya dan pembesarannya amat berbeza.

Selepas disahkan menghidap penyakit berkenaan, Rocky mendapat perhatian di seluruh dunia malah Press sendiri sudah menerima 300 panggilan telefon dalam tempoh 24 jam ular itu disahkan menghidap penyakit yang amat jarang ditemui di dunia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori