KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengadakan program ‘Jom Masuk UniSZA’ selama dua hari bermula 2 Mac ini bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian di universiti itu.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Mahadzirah Mohamed berkata, program yang bertempat di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Batu Rakit tersebut bertujuan mempromosi dan memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM mengenai program yang ditawarkan oleh UniSZA.
  ÂÂ
“Program ini juga bersempena pengumuman keputusan SPM pada 3 Mac ini dan kita juga turut mengalu-alukan pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini untuk hadir ke program Jom Masuk UniSZA ini untuk pendedahan awal serta motivasi kepada mereka.
  ÂÂ
“Kita juga akan turut membantu golongan pelajar yang hadir agar memilih IPTA yang sesuai dengan mereka untuk merancang pendidikan dan kerjaya diri khususnya dalam pelbagai bidang yang ditawarkan dan kelulusan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  ÂÂ
Mahadzirah berkata, pelbagai aktiviti akan turut diadakan sepanjang program berkenaan, antaranya pameran, sesi mengemas kini permohonan UPU, khidmat rundingan dan nasihat serta peluang kemasukan pelajar bagi keluarga pendapatan rendah yang mencukupi syarat. – BERNAMA
Anak Buaya Sesat Masuk UniSZA
Besut : Seekor anak buaya tembaga tersesat masuk ke kawasan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, pagi semalam....