NAMA Datuk Ustaz Kazim Elias menjadi hangat diperkatakan sejak semalam, ekoran video ceramahnya lima tahun lalu tiba-tiba dibongkar semula seorang pengerusi persatuan penduduk Cina kerana didakwa berbau rasis.
Laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam semalam, mendakwa penceramah bebas dan pengendali rancangan Kalau Dah Jodoh itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.
BACA: Ustaz Kazim Didakwa Rasis Kerana Ceramah 5 Tahun Lalu
Bagaimanapun menerusi laman sosial Facebook, Ustaz Kazim menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan dirinya tidak rasis seperti diperkatakan.
“Assalamualaikum… Sokongan semua amat saya hargai atas isu terbaharu ini. Saya yakin sangat-sangat Allah bantu. Saya bukan rasis tapi saya tak berkenan dengan yang melampau mempertikaikan apa yang telah termaktub. Allahuakbar,” katanya.
Susulan itu Ustaz Kazim telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan atas tuduhan menfitnah dan cuba memutar belit isi sebenar ceramah yang ingin disampaikannya.
“Laporan polis sudah dibuat atas tuduhan fitnah dan memutar belit isi ceramah saya. Terima kasih atas sokongan dan semangat rakan rakan. Insyaallah keterangan saya akan diambil di Balai Polis Kg Tawas Ipoh jam 2 petang hari ini,” maklum Ustaz Kazim.
-MYNEWSHUB.CC
Ceramah Ustaz Kazim Tentang DoaÂÂ
https://www.youtube.com/watch?v=NnYmPbVHBf4