Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

10 Exco Baharu Selangor...

KLANG - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor pada Jumaat mengangkat...

Penceramah Terkenal Nahas, Kereta...

PENDAKWAH terkenal, Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim kemalangan selepas kereta yang...

Pembantu Kedai Didakwa Rogol,...

BUTTERWORTH - Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth,...

Kerajaan Jamin Siasatan PDRM...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi jaminan akan memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan...

Ustaz Kazim Takkan Padam Atau Sekat Penghentam Di FB

DIKRITIK dan dicemuh sememangnya ‘makanan’ yang harus ditelan oleh sesiapa sahaja yang bergelar public figure.

Kadang-kadang, kritikan disertai dengan pakej maki-hamun dan sumpah seranah yang cukup menyakitkan hati.

Bagaimanapun, kami kagum dengan jawapan cool yang diberikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias menerusi Sinar Harian apabila ditanya mengenai reaksinya apabila menghadapi situasi sebegitu.

Menurutnya, dia tidak akan memadam komen atau menyekat akaun penghentam tersebut, sebaliknya terus menyiarkannya.

“Untuk dia terus menulis boleh orang nilaikan, sebenarnya apa yang kita tulis dan komen itulah hati budi kita. Dan orang akan menilai hati budi kita dengan tulisan, sebab itu saya biarkan sahaja apa mereka hendak kata dan tulis.

“Cuma ada batas dan had, itu yang kita pantau. Kalau sentuh Perlembagaan, keselamatan dan sentuh raja-raja itu kita block.

“Kalau mereka hendak hentam saya, hentamlah,” katanya.


Betul juga kata Ustaz Kazim tu…

Kadang-kadang yang menghentam tu bukannya ada isi pun, tetapi lebih kepada mahu melepaskan perasaan geram kerana perbezaan pendapat.

Cara terbaik, biarkan sahaja kerana  itulah ‘saham’ yang akan dibawanya ke akhirat kelak… -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=lNQfFLqtdXU

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori