Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelancong Tidak Bimbang Ke...

TELUK BAHANG - Pelancong dan pengembara tetap mengunjungi Taman Negara Teluk Bahang di...

Dr. Pakar Gleneagles Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang doktor pakar di Hospital Gleneagles di sini didakwa di...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir...

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada...

Murid Dibuli Terlantar Di...

JOHOR BAHRU - Seorang murid lelaki tahun lima kini tidak sedarkan diri selepas dipercayai menjadi...

Utamakan Aspek Keselamatan Ketika Di Pantai

BACHOK – Pengunjung dinasihati supaya senantiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti air di Pantai Irama di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata pada tahun ini sahaja, empat kes mati lemas di pantai berkenaan dilaporkan berlaku.

“Kawasan ini ialah kawasan pelancongan bagi masyarakat di Kelantan dan pengunjung perlu peka dengan aspek keselamatan kerana ia bukan kawasan yang selamat untuk mandi.

“Pengunjung juga perlu mendengar arahan pihak berkuasa dan ibu bapa perlu membuat pengawasan (jika ada anak-anak yang mandi) kerana ia boleh mengundang kepada kejadian mati lemas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika meninjau operasi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus pada Khamis lepas.

Beliau berkata masyarakat di sekitar kawasan itu juga perlu memainkan peranan dengan sentiasa memberi nasihat kepada pengunjung yang datang ke pantai berkenaan.

“Orang ramai juga diminta tidak mengambil tindakan sendiri jika melihat sesiapa dalam kesukaran ketika mandi pantai, sebaliknya meminta bantuan agensi berkaitan.


“Ini kerana tanpa (kemahiran) dan peralatan yang lengkap hanya akan mendatangkan musibah kepada diri sendiri, ” katanya.

Mengulas operasi mencari yang masuk hari kelima hari ini, Azmi berkata pihaknya akan memperluaskan gerakan sehingga ke Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Sabak di Kota Baharu.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Mohd Firdaus Mat Adam, 24, dan adiknya, Mohd Faiz, 19, dilaporkan hilang dibawa arus manakala rakan mereka Raja Amir Hamzah, 11, berjaya diselamatkan orang ramai.

Mayat Mohd Faiz ditemukan kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira dua jam kemudian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori