Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PM Dapat Kebenaran Tangguh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari mendapat kebenaran Mahkamah...

KPT Siap Siaga Hadapi...

SEPANG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi...

Kelantan Terus Terima Layanan...

KOTA BHARU - Kelantan terus menerima layanan istimewa daripada kerajaan Persekutuan berbanding negeri...

Teliti SOP Tindakan Terhadap...

PUTRAJAYA — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri kini...

VIDEO: ‘Rocker’ Penyanyi Cinta Untuk Nabila Kini Jadi Pendakwah

BEKAS vokalis kumpulan Melissa, Radzi Abd Hamid tiba-tiba kembali menjadi sebutan selepas video dakwahnya pada tahun 2012 tersebar menerusi laman Facebook.

Dia yang cukup terkenal menerusi lagu Cinta Untuk Nabila suatu ketika dahulu ternyata mengejutkan netizen melalui perubahan penampilan dan cara dakwahnya.

Tiada lagi rambut panjang kerinting, kaca mata hitam dan jeans ketat sebaliknya ia diganti dengan jubah dan serban.

hqdefault (1)
Anggota kumpulan Melissa.

Menerusi video viral berdurasi 5 minit, sambil berdakwah Radzi sempat menyanyikan lagu Cinta Untuk Nabila yang diubah liriknya menjadi Cinta Untuk Nabi-lah yang kemudiannya dikongsikan ribuan pengguna Facebook.

Sementara itu, ramai yang meluahkan keterujaan dengan vokal Radzi yang masih mantap meskipun sudah lama meninggalkan pentas hiburan.

DSC_1789


Dengarnya, Radzi yang kini merupakan pendakwah bebas dan pembantu imam di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah turut menjadi tok kadi yang menikahkan pasangan berkahwin.

Sekitar 90-an, lagu Cinta Untuk Nabila hasil ciptaan oleh Rosli Selasih cukup popular hingga turut diminati di Indonesia. -MYNEWSHUB.CC

Video Viral Tersebut

…dan ini, lagu Cinta Untuk Nabila sewaktu Radzi belum berjubah!

Oleh: Farah 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori